Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin selamat tiba di tanah air selepas melakar sejarah sebagai anak Malaysia pertama berjaya menamatkan misi jelajah Kutub Selatan sekali gus diiktiraf sebagai Penjelajah Grand Slam pertama negara.
Qobin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10 malam tadi menaiki pesawat Emirates penerbangan EK342 dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kepulangannya disambut meriah sebagai wira negara oleh ahli keluarganya bersama kira-kira 50 orang ahli Kelab Ekspedisi 7 Benua Malaysia (KE7B), yang turut disertai Ketua UMNO Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Penasihat KE7B, Datuk Datuk Akmar Hisham.
Setibanya di balai ketibaan antarabangsa KLIA, Qobin dipakaikan tanjak dan baju sikap songket berwarna ungu, dijulang rakan-rakan sambil melaungkan ‘Malaysia Boleh!’ dan ‘Hidup Qobin!’.
“Syukur alhamdulillah dilahirkan, dibesarkan di Malaysia, dan nak kata luar biasa itu insya-Allah, bukan bangga diri tetapi syukur, terima kasih kepada semua.
“Tak ada yang mustahil walau di mana kita lahir. Dunia Allah ini luas, kita boleh jelajah ke seluruh dunia dan cipta sesuatu untuk agama, bangsa dan negara. Kita boleh kalau diberikan peluang,” katanya
Pengiktirafan sebagai Penjelajah Grand Slam diberikan apabila seseorang itu menamatkan siri pendakian di tujuh puncak tertinggi di tujuh benua di dunia, selain penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.
Di bawah bendera Ekspedisi Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017, Qobin, 36, menamatkan misi penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan sejauh 111 kilometer (km) bersama-sama enam penjelajah pelbagai negara serta seorang jurupandu pada jam 11.05 pagi waktu Malaysia, 28 Disember 2017.
Dia turut mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Asia Tenggara kedua, umat Islam ketiga juga yang termuda di dunia selain manusia dan penjelajah ke-70 terawal yang menghabiskan penjelajahan itu.
Memulakan misi di Titik 89 Darjah pada 22 Disember lalu dengan menarik beban seberat 50 kilogram, beliau mengharungi pelbagai cabaran termasuk cuaca sejuk melampau sehingga -26 darjah Celsius dan menyebabkan dua jarinya kebas berpanjangan dan berisiko mengalami reput fros.
"Jari masih lagi kebas, tetapi alhamdulillah tidak kena ‘frostbite’ atau ‘frostnip’. Insya-Allah dalam masa sebulan atau sebulan setengah akan sembuh sepenuhnya," kata Qobin.
Ditanya tentang perancangan akan datang, Qobin berkata dia masih belum merancang misi baharu, tetapi akan lebih kepada aktiviti kemasyarakatan dan program bersama belia selain turut membantu dalam misi penjelajahan KE7B yang lain pada tahun ini.
Israr Khalid
Sat Jan 06 2018
Mengenai perancangan, Qobin berkata dia masih belum merancang misi baharu, tetapi akan lebih kepada aktiviti kemasyarakatan dan program bersama belia. - Gambar Bernama
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Qobin selamat tiba di tanah air selepas lakar sejarah di Kutub Selatan
Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin selamat tiba di tanah air selepas melakar sejarah sebagai anak Malaysia pertama berjaya menamatkan misi jelajah Kutub Selatan.